JAKE Lloyd pernah menjadi sangat popular selepas terbabit dengan francais karya fenomena Star Wars.
Lloyd terkenal menerusi watak si kecil Anakin Skywalker dalam Star Wars Episode I: The Phantom Menace sewaktu kanak-kanak.
Namun pada usia 35 tahun, Lloyd kini tidak menjalani kehidupannya dengan baik. Dia didiagnosis mempunyai beberapa jenis penyakit mental termasuk Bilopar, Depreso dan Paranoid Schizophrenia.
Pendedahan tersebut dibuat oleh ibu Lloyd, Lisa Lloyd kepada Scripps News dengan harapan dapat membantu dirinya dan Llyod mengharungi dugaan besar yang telah disimpan sejak bertahun lamanya.
“Llyod mula berdepan masalah perubahan tingkah laku sewaktu di sekolah menengah.
“Dia mula bercakap tentang realiti. Mana satu dunia realiti atau perbezaan menjadi realiti. Saya benar-benar tidak faham topik yang selalu dikatakannya,” ujar Lisa.
Setelah melihat banyak perubahan pada anaknya selepas itu termasuk mula mengabaikan pelajaran kerana berasa tidak hidup dalam dunia realiti, Lisa membawa Llyod bertemu pakar dan didiagnosis mengalami masalah mental.
“Penyakitnya menjadi semakin kronik sewaktu di universiti. Dia selalu kata sedang diekori ke mana sahaja kaki melangkah termasuk di sekolah.
“Ada ‘mata hitam’ yang mengekori dan sentiasa mengawasinya sehingga dia sering bercakap dan berdialog dengan Jon Stewart dalam Daily Show yang ditonton di kaca televisyen pada tengah malam,” cerita Lisa lagi.
Selepas menceritakan penderitaan yang dialami sejak sekian lama oleh anak lelakinya itu, Lisa kemudian mendedahkan keberadaan Llyod.
Llyod kini mendapatkan rawatan di sebuah pusat kesihatan mental selepas mengalami ‘puncak’ masalah pada Mac 2023.
Aktor itu telah memberhentikan kereta yang dipandu sewaktu memandu di tiga lorong jalan utama sehingga terpaksa menerima bantuan polis.
“Dia kini sudah menghabiskan 10 daripada 18 bulan masanya mendapatkan rawatan di pusat kesihatan mental.
“Dia semakin sihat dan sudah lebih pandai bergaul. Dia juga tidak pernah membenci Star Wars,” kata Lisa lagi.
*Artikel asal yang disiarkan di Gempak
Gempak
Sat Mar 16 2024
Lloyd terkenal menerusi watak si kecil Anakin Skywalker dalam Star Wars Episode I: The Phantom Menace sewaktu kanak-kanak. - Foto Gempak
Kru Shenzhou-18 jayakan misi EVA kali pertama
Kru kapal angkasa lepas Shenzhou-18 berjaya menyelesaikan aktiviti luar kenderaan (EVA) kali pertama pada Selasa, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Empat lelaki ditahan disyaki ceroboh Pusat Hidrografi Nasional
Empat lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menceroboh kawasan pintu utama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) di Pulau Indah, Klang dekat sini pada Ahad lepas.
Pesawat tentera AS terhempas
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat terhempas berhampiran Albuquerque Sunport pada Selasa.
Pesawah hadapi 10 tuduhan rogol, liwat anak jiran
Seorang pesawah didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth atas 10 pertuduhan melakukan persetubuhan luar tabii dan merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang juga anak jirannya, bulan ini.
Pulau Pinang mohon kaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri
Pulau Pinang memohon Kerajaan Persekutuan mengkaji semula sistem pengagihan cukai kepada negeri dengan mengembalikan 20 peratus daripada wang cukai yang dikutip daripada negeri berkenaan.
Kes saman Muhyiddin Yassin terhadap Puad Zarkashi selesai secara baik
Kes saman fitnah difailkan Muhyiddin terhadap Puad Zarkashi berhubung diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
United berisiko ditendang daripada saingan Liga Europa
Manchester United berada dalam bahaya disingkirkan daripada saingan Liga Europa dan hanya boleh beraksi di Liga Persidangan Europa.
Risiko ancaman kecerdasan buatan (AI) tidak patut dilihat sebagai ancaman
Banyak perkara yang kecerdasan buatan (AI) tidak mampu tandingi dari segi keupayaan lain yang ada pada manusia.
[TERKINI] Polis siasat pengawal peribadi 'diraja' disyaki pukul pemandu e-hailing
Polis mengesahkan menerima laporan seorang pemandu e-hailing yang didakwa dipukul pengawal peribadi Tunku Mahkota Johor di sebuah hotel semalam.
Jemaah haji kumpul pahala melalui penyertaan bersama Sahabat Maktab
Pasangan suami isteri muda dan tiga beradik berusia antara 15 hingga 23 tahun gigih mahu membantu jemaah haji lain dengan menyertai Sahabat Maktab dan menganggap beri bantuan kepada jemaah lain adalah lubuk mengumpul pahala di Tanah Suci.
Dakwa diekori ‘mata hitam’, pemain watak Anakin Skywalker ditahan di pusat rawatan mental
Jake Lloyd didiagnosis mempunyai beberapa jenis penyakit mental termasuk Bilopar, Depreso dan Paranoid Schizophrenia.